Thursday, July 3, 2008

Tidur saja blog ini

Ruangan ini ditidurkan dulu. Biar ia tidur panjang. Meneroka penderitaan dan punca penyakit kanser sesuatu yang memerlukan pengkajian yang asyik. Dan asyik itu bukan untuk ruangan ini sekarang. Sekali-sekala mencoret di cahaya puisi bila terjaga.

http://www.cahayapuisi.blogspot.com/

Wednesday, August 15, 2007

Kanser, Stress dan Guru

Apa kaitan antara kanser, stress dan guru?

Antara faktor penyumbang penyakit kanser adalah pemakanan dan tekanan. Kerjaya yang mengundang banyak tekanan perasaan adalah guru. Ini bukan sekadar andaian. Statistik pesakit kanser menunjukkan guru paling ramai menghidap kanser. Seorang daripadanya, abah saya.
Seorang guru sangat terdedah dengan budaya kerja penuh tekanan yang datang dari pelbagai sudut. Daripada soal disiplin pelajar sehingga soal pentadbiran sekolah. Walaupun guru mempunyai peluang cuti lebih berbanding pekerja sektor lain, tidak bermakna mereka dapat berehat dan melepaskan tekanan.

Tekanan berkaitan dengan kebolehan seseorang mengawal emosi dan menerima keadaan. Belajar dan menjadi orang yang cope to situation, periang dan tidak mudah runsing dengan urusan seharian. Tetapi tidak bermakna kita masih bebas dari penyakit kanser. Kita tetap berisiko.
Soal yang paling utama, pemeriksaan kesihatan tidak sekali diambil mudah, walaupun sihat umpama atlit. Abah tidak pernah mengabaikan kesihatan. Penjagaan fizikalnya selalu dipantau dengan timbangan berat badan, tidak makan lebih, kurang makan karangan laut, minum susu, bersenam dan makan makanan tambahan. Dia paling sihat dalam keluarga, malah paling sihat antara adik-beradiknya yang lain. Tetapi, kerana sangkakan dirinya sihat, kanser yang datang tidak disedari, hanya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan.
Perbuatan tidak endah adalah pembunuh. Perbuatan kedekut masa dan duit juga adalah pembunuh. Kerana itulah yang selalu kita sebutkan sebagai alasan.
Semoga abah dapat mengharungi detik waktu dengan penuh kesabaran. Ya Allah berikan abah kesihatan yang baik, pemikiran yang baik supaya dia dapat beribadat kepada Mu dengan sebaik-baiknya. Amin.

Monday, August 13, 2007

Apa Yang Anda Tahu Tentang Kanser?

Melihat penderitaan abah menghidapi kanser kolon membuka kesedaran tentang kepentingan mengambil tahu tentang kesihatan diri dan keluarga. Betapa aku selalu menidakkan sakit yang sedemikian akan dekat dengan ahli keluarga sendiri.
Bak kata adikku yang menuntut di bidang farmasi "Ignorance is a disastrous killer."
Perbuatan tidak endah dan tidak merasai diri perlu diperiksa antara sebab kanser tidak dapat dikesan diperingkat awal. Apabila semua petanda sakit kanser itu sudah ada, ia sudah terlewat. Tahap 4. tahap terakhir penyakit kanser.
Apa itu kanser? Kanser adalah pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Sel badan bertukar menjadi tumor yang tumbuh secara tidak terkawal. Ia membesar dan merebak ke bahagian lain apabila sel kanser masuk ke dalam salur darah atau sistem limpa.
Info mengenai kanser kolon ini diperoleh dari http://www.screenoncancer.com/BM/index_BM.html
Epidemiologi:
Kanser kolon dan rektum adalah jenis kanser sistem penghadam yang paling sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut. . Sebahagian besar pengidap penyakit ini dijumpai di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Great Britan; jarang ditemui di India, Kolumbia atau Senegal. Kewujudannya 50 kali lebih sering di Amerika Syarikat jika dibanding dengan Senegal. Kanser jenis ketiga yang paling biasa dihidapi oleh kaum lelaki dan juga wanita; dan penyebab ketiga pembawa maut untuk kedua-dua jantina. Seratus tujuh puluh ribu orang Amerika dijangkiti penyakit ini dan ianya membawa maut kepada enam puluh ribu dari mereka setiap tahun.
2) Faktor Risiko: -
Makanan tinggi dalam kandungan lemak dan rendah kandungan serat boleh menyebabkan penyakit kanser kolon.
- Merokok juga tidak digalakan.
- Alkohol berlebihan meningkatkan risiko jangkitan kanser kolon dan rektum. (Annals of Internal Medicine, 2005).
- Sindrom keturunan seperti penyakit keturunan poliposis usus besar, juga dikaitkan sebagai satu dari penyebab penyakit ini.
3) Pertumbuhan Kanser :
Tumor ini menembus jauh kedalam lapisan-lapisan mukosa kolon, peritoneum dan ke kelenjar limfa yang berdekatan. Dalam masa yang singkat ianya metastasis ke hati, paru-paru, otak dan tulang .
4) Simptom:
- Sakit perut, cirit dan/atau sembelit yang kekadang selang-seli.
- Tumor yang berdarah akan mengakibatkan najis berdarah merah (kalau tumor berdekatan dubur) atau hitam (untuk tumor berdekatan perut).
- Simptom yang lain ialah bengkak dalam abdomen, sakit, demam, berat badan susut atau kurang selera makan.
- Pembedahan segera diperlukan jika berlaku sumbat usus dengan penyakit kuning.5) Diagnosa kanser kolon:
- Kolonoskopi ialah cara pemeriksaan yang terbaik, tetapi menggunakan cara radiology, sigmoidoskopi atau menggunakan pancaran 64-kepingan MSCT juga memuaskan.
- Mengambil biopsi atau menyukat petanda protin seperti CEA,CA19-9, CA 125.‘Hemocult' cara yang sering digunakan tidak seberapa tepat kerana sebab kehilangan darah secara kronik.
6) Rawatan kanser kolon:
- surgeri: Pembedahan untuk tumor kanser yang bersetempat;
- radiasi: Menggunakan pancaran radiasi selepas pembedahan. Kemoterapi digunakan untuk mengurangkan risiko ulangan. Kaedah radio-kemoterapi untuk kes-kes tertentu. used post-operatively;
- Kemoterapi digunakan untuk mengurangkan risiko ulangan;
- Kaedah radiokemoterapi untuk kes-kes tertentu.
7) Rawatan susulan:
- Pemeriksaan Klinikal : Membuat pemeriksaan ke atas pesakit;
- endoskopi, terutamanya kolonoskopi;
-ujian petanda tumor.
8) Pencegahan:
- makanan serat tinggi;
- Selepas umur 40 tahun, disyorkan untuk melakukan pemeriksaan kolonoskopi setiap tiga tahun sekali dan ujian darah petanda protin kanser. Petanda protin kanser yang disebut di atas adalah sebahagian dari C12 Biopetanda, dan sangat digalakkan untuk diuji setiap tahun.
Kanser boleh dikesan. Pergilah kemana-mana klinik swasta dan terus terang pada doktor anda mahukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh. RM 280.00 untuk setiap tahun pemeriksaan tidak mahal berbanding kesihatan diri.
Harus juga diingat, manusia merancang, tetapi ketentuan Ilahi yang mengatasi segala-gala. Dia Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui.
Laman web berkaitan kanser:-

Ariyatna Adreuarsa

Ariyatna. Itu aku yang masih melihat langit dengan warna biru. Walau pun hidup penuh kabut.
Namun demikian, langit itu tetap langit. Tinggi.

Aku harus melihat bumi yang hijau dan tanah. Ia boleh aku sentuh dengan jemariku.